Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 10 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BARU :
Tiada Kes Baru di Johor untuk 8 hari berturut-turut ini sejak 3 Mei lepas. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal 667 kes. Kes positif di Johor merupakan 10.12 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,535 kes).
Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja mempunyai 44 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
Hari ini merekodkan 8 lagi kes discaj dan dibenar pulang.. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 482 kes (72.3 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 1.2 peratus hari ini.
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini buat hari ke 14 berturut-turut menjadikan jumlahnya kekal 18 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 167 kes, kurang 8 kes daripada semalam (175 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan.
Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei .
ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
1 ) KLUANG :
6 pesakit lagi dibenar pulang di Mukim Ulu Benut menjadikan jumlah Kes Aktif di Ulu Benut sekarang adalah 39 kes. Ia menunjukkan penurunan buat hari ke 11 berturut-turut sejak Khamis lepas. 40 orang telah dibenarkan pulang dalam masa 11 lepas. Kes Aktif di Ulu Benut masih yang paling tinggi di Johor. Diikuti dengan Pusat Kuarantin Johor Bahru (37 kes).
KULAI :
1 Kes Aktif berkurangan di Mukim Senai menjadikan Daerah Kulai masih ada 15 Kes Aktif.
JOHOR BAHRU :
1 Kes Aktif berkurangan di Mukim Plentong menjadikan Daerah Johor Bahru masih ada 64 Kes Aktif. 37 Kes Aktif itu datangnya dari Pusat Kuarantin.
Hanya 3 Daerah sahaja yang ada perubahan. 7 daerah lain kekal seperti semalam.