Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 09 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

KES POSITIF BARU :

Tiada Kes Baru di Johor untuk 7 hari berturut-turut ini sejak 3 Mei lepas. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal  667 kes. Kes positif di Johor merupakan 10.12 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,535 kes).

Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja mempunyai 44 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

** Hari ini merekodkan 5 lagi kes discaj dan dibenar pulang.. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 474 kes (71.1 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 0.8 peratus hari ini.

KES KEMATIAN :

Tiada Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini buat hari ke 13 berturut-turut menjadikan jumlahnya kekal 18 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 175 kes, kurang 5 kes daripada semalam (180 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan.

** Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU sejak 03 Mei.

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :

1 ) KLUANG :

2 pesakit lagi dibenar pulang di Mukim Ulu Benut menjadikan jumlah Kes Aktif di Ulu Benut sekarang adalah 45 kes. Ia menunjukkan penurunan buat hari ke 10 berturut-turut sejak Khamis lepas. 36 orang telah dibenarkan pulang dalam masa 10 lepas. Namun Kes Aktif di Ulu Benut masih yang paling tinggi di Johor. Diikuti dengan Pusat Kuarantin Johor Bahru (37 kes). 

MUAR :

Di Mukim Parit Bakar, seorang pesakit telah sembuh dan dibenar keluar menjadikan Daerah Muar masih ada 14 Kes Aktif.

KULAI :

1 Kes Aktif berkurangan di Mukim Bukit Batu menjadikan Daerah Kulai masih ada 16 Kes Aktif.

KOTA TINGGI :

Seorang pesakit dari Mukim Ulu Sungai Johor telah discaj menjadikan Kes Aktif di Kota Tinggi adalah 11 kes.

Tiada sebarang perubahan di Daerah Segamat, Batu Pahat dan Tangkak, Pontian, Johor Bahru selain daripada Mersing yang telah berada dalam Zon Hijau.