Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 08 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BARU :
Tiada Kes Baru di Johor untuk 6 hari berturut-turut ini sejak 3 Mei lepas. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal 667 kes. Kes positif di Johor merupakan 10.2 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,535 kes).
Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja mempunyai 44 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
** Hari ini merekodkan 17 lagi kes discaj dan dibenar pulang. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 469 kes (70.3 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 2.5 peratus hari ini.
KES KEMATIAN :
Tiada Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini buat hari ke 12 berturut-turut menjadikan jumlahnya kekal 18 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 180 kes, kurang 17 kes daripada semalam (197 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan.
** Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU seperti keadaan semalam.
ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
1 ) KLUANG :
7 pesakit lagi dibenar pulang di Mukim Ulu Benut menjadikan jumlah Kes Aktifnya sekarang adalah 47 kes. Ia menunjukkan penurunan buat hari ke 9 berturut-turut sejak Khamis lepas. 34 orang telah dibenarkan pulang dalam masa 9 hari ini. Namun Kes Aktif di Ulu Benut masih yang paling tinggi di Johor. Diikuti dengan Pusat Kuarantin Johor Bahru (40 kes).

SEGAMAT :
Seorang pesakit dari Mukim Sermen telah discaj. Namun di Daerah Segamat masih ada lagi 7 Kes Aktif.
MUAR :
Di Mukim Parit Bakar, seorang pesakit telah sembuh dan dibenar keluar menjadikan Daerah Muar masih ada 15 Kes Aktif.

KULAI :
1 Kes Aktif berkurangan di Mukim Bandar Kulai menjadikan Daerah Kulai masih ada 17 Kes Aktif.
JOHOR BAHRU :
Banyak perubahan berlaku di Daerah Johor Bahru. Antaranya di Pusat Kuarantin, 3 orang telah sembuh menjadi baki 37 Kes Aktif. Di Mukim Pulai, 2 orang telah sembuh. Begitu juga di Mukim Tebrau, 2 orang juga telah sembuh. Di Mukim Plentong, seorang sahaja telah sembuh.
Keseluruhannya Daerah Johor Bahru mencatat 65 Kes Aktif sehingga kini.

KOTA TINGGI :
Seorang pesakit dari Mukim Kota Tinggi telah discaj menjadikan Kes Aktif di Kota Tinggi adalah 12 kes.

Hanya satu daerah sahaja di Negeri Johor yang mempunyai status Zon Hijau iaitu Daerah Mersing.
Tiada sebarang perubahan di Daerah Pontian, Batu Pahat dan Tangkak, selain daripada Mersing.