Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 06 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com

Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.

KES BAHARU (45) :

** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 45 orang. Bertambah 15 kes berbanding kes baru semalam (30 kes).

** Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 6,428 kes. Tiga hari berturut-turut kes baru di bawah paras 100 dan juga kurang daripada kes sembuh.

KES SEMBUH (135) :

** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 135 orang. Semalam kes sembuh adalah 83 kes.

** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 4,702 kes (73.1 %).

KES AKTIF (1,619) :

Bilangan pesakit yang sembuh terus meningkat. 135 pesakit telah pulih menjadikan 4,702 pesakit sembuh keseluruhan. Kadar kesembuhan 73.15%.

** Sudah 15 hari berturut-turut jumlah kes aktif berada di paras bawah 2,000 kes sejak 22 April 2020.

KES ICU (22 KES) :

** Seramai 22 orang masih dirawat di ICU. 9 daripada kes ICU itu memerlukan bantuan alat pernafasan.

KES KEMATIAN (1) :

Satu kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikannya 107 kes kematian sehingga kini. Kes itu adalah seorang lelaki berusia 51 tahun meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia

Rumusan :

Jumlah kes discaj baru: 135
Jumlah kumulatif discaj: 4,702 (73.0 %)

Jumlah kes baru; 45
Jumlah kumulatif: 6,428
Jumlah kes aktif: 1619
Jumlah kematian: 1
Jumlah kumulatif kematian: 107 (1.66 %)

Jumlah kes di ICU: 22
Pesakit Intubated: 9