Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 06 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BAHARU :

** Tiada Kes Baru di Johor untuk 4 hari berturut-turut ini sejak 3 Mei lepas. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal  667 kes. Kes positif di Johor merupakan 10.38 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,428 kes).

* Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja mempunyai 44 kes.

Grafik : Jabatan Kesihatan Negeri Johor
KES SEMBUH DAN DISCAJ :

** Hari ini merekodkan 11 lagi kes discaj. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 441 kes (66.12 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 1.62 peratus hari ini.

KES KEMATIAN :

** Tiada Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini buat hari ke 10 berturut-turut menjadikan jumlahnya kekal 18 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 208 kes, kurang 11 kes daripada semalam (219 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan.

** Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU seperti keadaan semalam.

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
KLUANG :

4 Kes discaj di Mukim Ulu Benut menjadikan jumlah Kes Aktifnya 56 kes. Ia menunjukkan penurunan buat hari ke 7 berturut-turut sejak Khamis lepas. 23 orang telah dibenarkan pulang dalam masa 7 hari ini. Namun Kes Aktif di Ulu Benut masih yang paling tinggi di Johor. Diikuti dengan Pusat Kuarantin Johor Bahru (40 kes). 

SEGAMAT :

Seorang pesakit dari Mukim Gemerih telah discaj menjadikan mukim itu telah bersih dan menjadi zon hijau. Namun di Daerah Segamat masih ada lagi 8 Kes Aktif.

MUAR :

Di Mukim Bandar Muar 2 pesakit telah sembuh dan keluar manakala di Mukim Parit Bakar pula seorang telah sembuh menjadikan Daerah Muar masih ada 18 Kes Aktif.

JOHOR BAHRU :

Seorang pesakit dari Mukim Plentong telah sembuh dan dibenarkan pulang. Kes Aktif keseluruhan di Daerah Johor Bahru adalah 75 kes. Di Pusat Kuarantin sahaja masih ada 40 kes yang masih dalam rawatan.

KOTA TINGGI :

Seorang pesakit dari Mukim Pengerang telah discaj menjadikan Kes Aktif di Kota Tinggi adalah 13 kes.

Tiada sebarang perubahan Kes Aktif di 5 daerah lain iaitu Tangkak (5), Batu Pahat (6), Pontian (5), Kulai (19) dan Mersing (1).