Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 05 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com
Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.
KES BAHARU (30) :
** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 30 orang. Pengurangan 25 kes berbanding kes baru semalam (55 kes).
** Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 6,383 kes. Dua hari berturut-turut kes baru di bawah paras 100 dan juga kurang daripada kes sembuh.

KES SEMBUH (83) :
** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 83 orang. Semalam kes sembuh adalah 71 kes.
** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 4,567 kes (71.5 %).
KES AKTIF (1,710) :
** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,710 orang iaitu berkurangan seramai 54 orang berbanding semalam (1,764 kes).
** Sudah 14 hari berturut-turut jumlah kes aktif berada di paras bawah 2,000 kes sejak 22 April 2020.
KES ICU (24 KES) :
** Seramai 24 orang masih dirawat di ICU. 8 daripada kes ICU itu memerlukan bantuan alat pernafasan. 5 orang telah tidak lagi menggunakan bantuan pernafasan dan 4 kes telah keluar dari ICU.
KES KEMATIAN (1) :
Satu kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikannya 106 kes kematian sehingga kini. Ia seorg lelaki berusia 47 dan meninggal dunia di Hsp Sungai Buloh.

Tiga negeri/wilayah sahaja yang berlaku positif jangkitan iaitu Kuala Lumpur (23), Selangor (5) dan Sarawak (2).
Kredit Info Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia