Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 05 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BAHARU :

** Tiada Kes Baru dilaporkan pada hari ini dalam 3 hari berturut-turut di Johor. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal  667 kes. Kes positif di Johor merupakan 10.45 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,383 kes).

* Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja mempunyai 44 kes.

Grafik : Jabatan Kesihatan Negeri Johor
KES SEMBUH DAN DISCAJ :

** Hari ini merekodkan 5 kes discaj. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 430 kes (64.5 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 1.2 peratus hari ini.

KES KEMATIAN :

** Tiada Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini buat hari ke 9 berturut-turut menjadikan jumlahnya kekal 18 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 224 kes, kurang 7 kes daripada semalam (231 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan dengan berkurangan 3 peratus.

** Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU seperti keadaan semalam.

ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
KLUANG :

1* 2 Kes discaj di Mukim Ulu Benut menjadikan jumlah Kes Aktifnya 60 kes. Ia menunjukkan penurunan buat hari ke 6 berturut-turut sejak Khamis lepas. 19 orang telah dibenarkan pulang dalam masa 6 hari ini. Namun Kes Aktif di Ulu Benut masih yang paling tinggi di Johor. Diikuti dengan Pusat Kuarantin Johor Bahru (40 kes). 

BATU PAHAT :

Mukim Sri Gading, Batu Pahat mencatat 1 kes discaj hari ini. Pada keseluruhannya Daaerah Batu Pahat masih ada 6 Kes Aktif.

MUAR :

Dua pesakit telah discaj di Mukim Bukit Kepong menjadikan Kes Aktif di Muar sekarang adalah 21 kes.

Tujuh daerah lain tiada sebarang perubahan.