Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 03 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com

Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.

KES BAHARU (55) :

** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 55 orang. Pengurangan 67 kes berbanding semalam (122 kes).

** Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 6,353 kes. Dua hari berturut-turut jumlah Kes Baru melebihi paras 100 kes. Sebelum itu Malaysia mencatat 15 hari berturut-turut Kes Baru di bawah 100 kes sehingga 1 Mei 2020.

Kluster baharu. Subkluster Seri Petaling di Kuching, Kota Samarahan dan Simunjan di Sarawak.
37 disahkan positif termasuk 7 telah sembuh manakala dua kematian.
Punca jangkitan adalah dari kluster Perhimpunan Seri Petaling yang menjangkiti tiga generasi.

KES SEMBUH (71) :

** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 71 orang. Menurun sebanyak 16 kes berbanding semalam (87 kes). Namun ia masih tetap mengatasi jumlah Kes Baru hari ini.

** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 4,484 kes (70.58 %).

KES AKTIF (1,764) :

** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,764 orang iaitu berkurangan seramai 16 orang berbanding semalam (1,780 kes).

** Sudah 13 hari berturut-turut jumlah kes aktif berada di paras bawah 2,000 kes. Kes aktif mula berada di bawah paras 2,000 kes itu pada 22 April 2020.

KES ICU (28 KES) :

** Seramai 28 orang masih dirawat di ICU. 13 daripada kes ICU itu memerlukan bantuan alat pernafasan.

KES KEMATIAN (0) :

Tiada kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikannya kekal 105 kes kematian sehingga kini.

Sebahagian besar kes kematian di Malaysia melibatkan warga emas yang menghidap penyakit kronik.

Sebanyak 55 kes baru dilapor iaitu:

  1. 7 kes import
  2. 48 penularan tempatan
    • 24 kes dari kluster dan lokaliti di bawah PKPD, bermaksud mrk telah disaring dan diasing.
      -24 kes PUI/SURVELAN tetapi kebanyakan kes berkait dgn kes PKPD spt kluster pasar borong.

Kredit Info Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia