Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 04 Mei 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BAHARU :
** Tiada Kes Baru dilaporkan pada hari ini dan 2 hari berturut-turut di Johor. Jumlah kumulatif kes positif di Johor adalah kekal 667 kes. Kes positif di Johor merupakan 10.5 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (6,353 kes).
* Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (211 kes). Pusat Kuarantin Johor Bahru sahaja ada 44 kes.

KES SEMBUH DAN DISCAJ :
** Hari ini merekodkan 7 kes discaj. Jumlah kumulatif kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 425 kes (63.7 % darpada kes di Johor). Bertambah sebanyak 1.65 peratus hari ini.
KES KEMATIAN :
** Tiada Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini menjadikan jumlahnya kekal 18 kes keseluruhan. Kes Kematian tertinggi adalah dari Daerah Segamat iaitu 5 kes.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital adalah 224 kes, kurang 7 kes daripada semalam (231 kes). Ia satu perkembangan yang positif walaupun agak perlahan dengan berkurangan 3 peratus.
** Sebanyak 2 kes, masih berada dalam ICU seperti keadaan semalam.
ANTARA PERUBAHAN KES-KES DI JOHOR HARI INI :
KLUANG :
1* 3 Kes discaj di Mukim Ulu Benut menjadikan jumlah Kes Aktifnya 62 kes. Ia menunjukkan penurunan buat hari ke 5 berturut-turut sejak Khamis lepas. 17 orang telah dibenarkan pulang dalam masa 5 hari ini. Namun Kes Aktif di Ulu Benut masih yang paling tinggi di Johor. Diikuti dengan Pusat Kuarantin Johor Bahru (40 kes).
BATU PAHAT :
Mukim Sri Gading dan Kampun Bahru, Batu Pahat mencatat kes discaj 1 kes setiap satu. Kampung Bahru telah bertukar menjadi zon hijau hari ini. Pada keseluruhannya Daaerah Batu Pahat masih ada 7 Kes Aktif.
JOHOR BAHRU :
Seorang telah discaj di Mukim Plentong menjadikan Kes Aktif sekarang adalah 21 kes dan Daerah Johor Bahru keseluruhannya 76 Kes Aktif.
MERSING :
Daerah Mersing hanya tinggal 1 Kes Aktif dan masih menerima rawatan apabila seorang dari Mukim Bandar Mersing telah sembuh.
Enam daerah lain tiada sebarang perubahan.















