Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 26 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com

Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.

KES BAHARU (40) :

** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 40 orang. Bertambah 2 kes berbanding semalam (38 kes). Namun ia masih di bawah paras 100 yang mencatatkan hari ke 12 sejak 15 Mac 2020.

** Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 5,820 kes.

** Kes baharu hari ini juga mencatat 11 hari berturut-turut berada di bawah paras 100 kes sejak 17 April lalu. Ia dilihat satu perkembangan yang positif ekoran daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KES SEMBUH (95) :

** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 95 orang. Ia merupakan hari ke 18 Malaysia mencatat kes sembuh lebih banyak dari kes baharu.

** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 3,957 kes (68 %).

KES AKTIF (1,764) :

** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,764 orang iaitu berkurangan sebanyak 56 orang berbanding semalam (1,820).

** Sudah 6 hari jumlah kes aktif turun ke paras bawah 2,000 kes. Kes aktif mula mencecah angka 2,000 kes pada 29 Mac 2020.

** Kes aktif ini mula mencecah 1,000 kes pada 21 Mac 2020. Berdasarkan kepada trend minggu ini, Malaysia menuju ke arah 1,000 kes dalam masa terdekat ini harapnya.

KES ICU (36 KES) :

** Seramai 37 orang masih dirawat di ICU. 17 daripada kes ICU itu memerlukan bantuan alat pernafasan.

KES KEMATIAN (1) :

Hari ini dilaporkan terdapat 1 Kes Kematian dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Ia seorang lelaki berusia 78 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

Negeri yang terlibat dengan pertambahan kes baru adalah :

Kuala Lumpur (30), Sarawak (3), Selangor (4), Sabah (1), Negeri Sembilan (1) dan Perak (1).

Negeri tiada kes baharu Perlis, Kedah, PPinang, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, WP Putrajaya dan Labuan.

Grafik : KKM