Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 27 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
KES POSITIF BAHARU :

** Tiada Kes Baru dilaporkan pada hari ini dan jumlah kumulatif kes positif di Johor kekal 659 kes. Kes positif di Johor merupakan 11.32 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (5,820 kes)

** Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (204 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

** Hari ini merekodkan tambahan 3 kes discaj. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 372 kes (56.45 % darpada kes di Johor).

KES KEMATIAN :

** 1 Kes Kematian dilaporkan di Johor hari ini menjadikan jumlahnya 18 kes keseluruhan.

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital berkurangan 4 kes menjadi 269 kes.

** Sebanyak 5 kes, masih berada dalam ICU seperti semalam.

BERIKUT ADALAH PERINCIAN KES KUMULATIF DAN KES AKTIF YANG MASIH DIRAWAT SEHINGGA TENGAHARI 27 APRIL 2020 :