Aidil Zafuan, pemain pertahanan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui akhbar The Star, menyatakan pada peringkat awal agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan latihan di rumah. Ini berikutan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

Namun beliau sekarang ini telah dapat menyesuaikan diri dengan menggunakan masa sepenuhnya di rumah tanpa turun ke padang dan rakan seperjuangannya.

“Kita harus melihat yang positif dalam keadaan sekarang ini. Sudah tiba masanya kita saling membantu, iaitu tinggal di rumah dan melawan pandemik yang ditakuti ini.” Kata Aidil.

“Sebagai seorang profesional, kita harus memikirkan masa depan kita, iaitu bermain bola sepak. Secara mental, saya merasa sedikit tertekan kerana terlalu lama di rumah.”

“Tetapi jika kita melakukan kegiatan seharian, tekanannya akan berkurang.”

“Sebenarnya masih terlalu awal untuk menilai persembahan kami. Pemain masih mencari rentak mereka, termasuk saya. Dan kemudian adanya PKP yang memaksa kami untuk jauhi latihan luar. Kami melatih melalui dalam talian di rumah.”

“Latihan secara video-call masih diteruskan tetapi waktunya akan diubah. Saya akan berlatih sejam sebelum kita berbuka puasa. Akan ada sesi lain pada waktu malam. Saya harap dapat mengikuti jadual ini sehingga liga bermula semula.”

Aidil Zafuan telah beraksi dalam dua daripada empat perlawanan JDT dan juga terlibat dalam pertandingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL 2020) di mana JDT dikalahkan 1-5 oleh Vissel Kobe di Stadium Misaki Park di Kobe, Jepun. Vissel Kobe mendapat inspirasi melalui pemain Antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta.

Kredit Foto : The Photoshooterz