Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 26 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 4.00 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com
Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.
KES BAHARU (38) :
** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 38 orang. Berkurangan 13 kes berbanding semalam (51 kes). Namun ia masih di bawah paras 100 yang mencatatkan hari ke 11 sejak 15 Mac 2020.
** Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 5,780 kes.
** Kes baharu hari ini juga mencatat 10 hari berturut-turut berada di bawah paras 100 kes sejak 17 April lalu. Ia dilihat satu perkembangan yang positif ekoran daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KES SEMBUH (100) :
** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 100 orang. Ia merupakan hari ke 17 Malaysia mencatat kes sembuh lebih banyak dari kes baharu.
** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 3,862 kes (66.82 %).
KES AKTIF (1,882) :
** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,820 orang iaitu berkurangan sebanyak 62 orang berbanding semalam (1,882).
** Sudah 4 hari jumlah kes aktif turun ke paras bawah 2,000 kes. Kes aktif mula mencecah angka 2,000 kes pada 29 Mac 2020.
** Kes aktif ini mula mencecah 1,000 kes pada 21 Mac 2020. Berdasarkan kepada trend minggu ini, Malaysia menuju ke arah 1,000 kes dalam masa terdekat ini harapnya.
KES ICU (36 KES) :
** Seramai 36 orang masih dirawat di ICU. 15 daripada kes ICU itu memerlukan bantuan alat pernafasan.
KES KEMATIAN (0) :
Negeri yang terlibat dengan pertambahan kes baru adalah :
Kuala Lumpur (16), Sarawak (7), Selangor (6), Johor (4), Pulau Pinang (2), Putrajaya (1), Negeri Sembilan (1) dan Melaka.
Tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

