Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 26 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
Antara kawasan di Johor yang berlaku perubahan :
** 1. Bakri (Muar) : Berlaku pertambahan 1 kes positif dan 1 kes aktif
** 2. Parit bakar (Muar) : Pengurangan 1 Kes Aktif.
** 3. Luar Negara – Wad (Johor Bahru) : Pertambahan 1 Kes Baru dan 1 Kes Aktif.
** 4. Daerah Johor Bahru : Pertambahan 3 Kes Baru dan Kes Aktif.
** 5. Daerah Muar : Pertambahan 1 Kes Baru dan 1 Kes Aktif.
KES POSITIF BAHARU :
** Terdapat 4 kes baru menjadikan kesemuanya sebanyak 659 kes. Kes positif di Johor merupakan 11.4 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (5,780 kes)
** Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (204 kes).
KES SEMBUH DAN DISCAJ :
** Hari ini merekodkan berkurangan 1 kes discaj. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 369 kes (56.3 % darpada kes di Johor).
KES KEMATIAN :
** Tiada kes kematian dilaporkan di Johor hari ini menjadikan kekal 17 kes keseluruhannya.
KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :
** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital berkurangan 3 kes menjadi 273 kes.
** Sebanyak 5 kes, masih berada dalam ICU seperti semalam.
Berikut adalah perincian Kes Kumulatif dan Kes Aktif yang masih dirawat sehingga tengahari 26 April 2020 :









