Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 24 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com
Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.
KES BAHARU (51) :
** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 51 orang. Berkurangan 37 kes berbanding semalam (88 kes). Namun ia masih di bawah paras 100 yang mencatatkan hari ke 10 sejak 15 Mac 2020.
** Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 5,742 kes.
** Kes baharu hari ini juga mencatat 9 hari berturut-turut berada di bawah paras 100 kes sejak 17 April lalu. Ia dilihat satu perkembangan yang positif ekoran daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KES SEMBUH (99) :
** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 99 orang. Ia merupakan hari ke 16 Malaysia mencatat kes sembuh lebih banyak dari kes baharu.
** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 3,762 kes (65.51 %).
KES AKTIF (1,882) :
** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,882 orang iaitu berkurangan sebanyak 50 orang berbanding semalam (1,932).
** Sudah 3 hari jumlah kes aktif turun ke paras bawah 2,000 kes. Kes aktif mula mencecah angka 2,000 kes pada 29 Mac 2020.
** Kes aktif ini mula mencecah 1,000 kes pada 21 Mac 2020. Berdasarkan kepada trend minggu ini, Malaysia menuju ke arah 1,000 kes dalam masa terdekat ini harapnya.
KES ICU (36 KES) :
** Seramai 36 orang masih dirawat di ICU. Kes ICU berkurangan sebanyak 5 kes. 16 daripada kes ICU memerlukan bantuan alat pernafasan.
KES KEMATIAN (2) :
Hari ini dilaporkan 2 kes kematian.
Kes kematian ke-97 (kes ke-2354), lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan disahkan meninggal dunia pada 3.53 pagi tadi.
Kes kematian ke-98 (kes ke-2806), perempuan warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan disahkan meninggal dunia pada 24 April jam 5.43pm.
** Hanya 4 negeri menunjukkan pertambahan Kes Baru :
Kuala Lumpur (39), Sarawak (10), Selangor (1), dan Pahang (1).