Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 25 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

Antara mukim-mukim di Johor yang berlaku perubahan adalah :

1. Simpang Kiri (Batu Pahat) : Tiada lagi Kes Aktif di mukim ini.

2. Daerah Batu Pahat, Kes Aktif kurang 1 kes menjadi 12 Kes Aktif sahaja sehingga hari ini.

KES POSITIF BAHARU :

** Tiada kes baharu dilaporkan hari ini. Kumulatif kes positif di Negeri Johor kekal sebanyak 655 kes.

** Kes positif di Johor merupakan 11.41 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (5,742 kes)

** Daerah yang paling tinggi kes positif masih lagi Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (201 kes).

KES SEMBUH DAN DISCAJ :

** Hari ini merekodkan berkurangan 1 kes discaj. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 368 kes (56.2 % darpada kes di Johor).

Grafik Info : Jabatan Kesihatan Negeri Johor
KES KEMATIAN :

** Tiada kes kematian dilaporkan di Johor hari ini menjadikan kekal 17 kes keseluruhannya.

KES AKTIF (DALAM RAWATAN) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital berkurangan 1 kes menjadi 270 kes.

** Sebanyak 5 kes, masih berada dalam ICU seperti semalam.