Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 24 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

Antara mukim-mukim di Johor yang berlaku perubahan adalah :

1. Ulu Benut (Kluang) : Kes aktif berkurangan 1 kes menjadi 79 kes. Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) adalah berada di dalam mukim ini.

2. Kesang (Tangkak) : Tiada lagi Kes Aktif.

3. Bakri (Muar) : Kes baru dan kes aktif bertambah 1 kes. Sehingga kini Bakri mencatat jumlah 4 kes positif dan 3 kes aktif.

4. Senai (Kulai) : Kes aktif bertambah 1 kes.

5. Kulai : Kes aktif berkurangan 1 kes.

6. Pusat Kuarantin (Johor Bahru) : Kes baru dan kes aktif bertambah 3 kes.

Kes Positif Baharu :

** Terdapat 4 kes positif yang baharu di Johor pada hari ini, kurangan 1 kes banding dengan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Negeri Johor adalah sebanyak 655 kes.

** Kes positif di Johor merupakan 11.50 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (5,691 kes)

** Pertambahan 3 kes baharu tersebut dilaporkan di Muar (Bakri) – 1 kes dan Johor Bahru 3 kes (zon pusat kuarantin).

** Daerah yang paling tinggi kes adalah Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (201 kes).

Kes Sembuh Dan Discaj :

** Hari ini merekodkan pertambahan 2 kes discaj. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sehingga hari ini adalah 367 kes (56.03 %).

Info grafik : Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Kes Kematian :

** Tiada kes kematian dilaporkan di Johor hari ini menjadikan kekal 17 kes keseluruhannya.

Kes Aktif (Dalam Rawatan) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital bertambah 2 orang menjadi 271 kes.

** Sebanyak 5 kes, tiada perubahan berbanding semalam.

** Daerah Kluang mencatat kes aktif paling tinggi iaitu sebanyak 85 kes. Mukim paling banyak kes aktif pula adalah Ulu Benut sebanyak 79 kes.

Pautan berkaitan :
Covid-19 Malaysia 24 April, 23 April, 22 April
Covid-19 Johor 23 April, 22 April

Kes Aktif Johor sehingga 24 April 2020
15 Kumulatif positif tertinggi Johor hingga 24 April
15 Kumulatif kes aktif tertinggi Johor hingga 24 April
Daerah Di Johor – Kes Positif Kumulatif
Daerah Di Johor – Kes Aktif sehingga 24 April