Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 24 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com

Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.

KES BAHARU (88) :

** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 88 orang. Pertambahan sebanyak 17 kes berbanding semalam (71 kes). Namun ia masih di bawah paras 100 yang mencatatkan hari ke 9 sejak 15 Mac 2020.

** Jumlah kumulatif kes positif yang telah dilaporkan adalah 5,691 kes.

** Kes baharu hari ini juga mencatat 8 hari berturut-turut berada di bawah paras 100 kes sejak 17 April lalu. Ia dilihat satu perkembangan yang positif ekoran daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Info Grafik : KKM

KES SEMBUH (121) :

** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 121 orang. Ia merupakan hari ke 15 Malaysia mencatat kes sembuh lebih banyak dari kes baharu.

** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 3,663 kes (64.36 %).

KES AKTIF (1,932) :

** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,932 orang iaitu berkurangan sebanyak 34 orang berbanding semalam (1,966).

** Sudah 3 hari jumlah kes aktif turun ke paras bawah 2,000 kes. Kes aktif mula mencecah angka 2,000 kes pada 29 Mac 2020.

** Kes aktif ini mula mencecah 1,000 kes pada 21 Mac 2020. Berdasarkan kepada trend minggu ini, Malaysia menuju ke arah 1,000 kes dalam masa terdekat ini harapnya.

KES ICU (41 kes) :

** Seramai 41 orang masih dirawat di ICU. 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

KES KEMATIAN (1) :

Hari ini dilaporkan kes kematian 1 kes. Ia adalah kes kematian ke-96 (kes ke-2978), lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

** Pertambahan Kes Baru mengikut negeri dan jumlah adalah :

Kuala Lumpur (49), Selangor (18), Sarawak (9), Johor (4), Melaka (3), Negeri Sembilan (2), dan Sabah (2) dan Pahang (1).

Kadar kes baru dan kes sembuh sehingga 24 April
Jumlah kes aktif sepanjang bulan April 2020
Kes Positif Mengikut Negeri – 24.04.2020