Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 23 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR
Kes Positif Baharu :
** Terdapat 3 kes positif yang baharu di Johor pada hari ini sama seperti semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Negeri Johor adalah sebanyak 651 kes.
** Kes positif di Johor merupakan 11.61 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (5,603 kes)
** Pertambahan 3 kes baharu tersebut dilaporkan di Muar (Mukim Bakri) – 1 kes dan Johor Bahru 2 kes (1 Plentong dan 1 kes dari zon pusat kuarantin).
** Daerah yang paling tinggi kes adalah Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (198 kes).
Kes Sembuh Dan Discaj :
** Sama seperti semalam, tiada rekod pesakit discaj hari ini. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj hari ini kekal 365 kes (56.07 %).

Kes Kematian :
** 1 kes kematian dilaporkan hariini di Johor hari ini menjadikan 17 kes keseluruhannya.
Kes Aktif (Dalam Rawatan) :
** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital bertambah 2 orang menjadi 269 kes.
** Sebanyak 5 kes di dalam ICU. Ini bermakna seorang telah dikeluar dari ICU sama ada gagal diselamatkan atau dikeluarkan ke wad biasa.
** Daerah Kluang mencatat kes aktif paling tinggi iaitu sebanyak 86 kes. Mukim paling banyak kes aktif pula adalah Ulu Benut sebanyak 80 kes.
Grafik : Jabatan Kesihatan Negeri Johor