Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 23 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com
Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.
KES BAHARU (71) :
** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 71 orang. Pertambahan sebanyak 21 kes berbanding semalam (20 kes). Namun ia masih di bawah paras 100 yang mencatatkan hari ke 8 sejak 15 Mac 2020.
** Jumlah kumulatif kes baru yang telah dilaporkan adalah 5,603 kes.
** Kes baharu hari ini juga mencatat 8 hari berturut-turut berada di bawah paras 100 kes sejak 17 April lalu. Ia dilihat satu perkembangan yang positif ekoran daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KES SEMBUH (90) :
** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 90 orang. Ia merupakan hari ke 14 Malaysia mencatat kes sembuh lebih banyak dari kes baharu.
** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 3,542 kes (63.22 %).
KES AKTIF (1,966) :
** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,966 orang iaitu berkurangan sebanyak 21 orang berbanding semalam.
** Sudah 2 hari jumlah kes aktif turun ke paras bawah 2,000 kes. Kes aktif mula mencecah angka 2,000 kes pada 29 Mac 2020.
** Kes aktif ini mula mencecah 1,000 kes pada 21 Mac 2020. Berdasarkan kepada trend minggu ini, Malaysia menuju ke arah 1,000 kes dalam masa terdekat ini harapnya.
KES ICU (42 kes) :
** Seramai 42 orang masih dirawat di ICU. 21 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
KES KEMATIAN (2) :
Hari ini dilaporkan kes kematian 2 kes menjadikan jumlahnya 95 kes. Kes itu adalah dari Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.


Laporan penuh boleh didapati di sesawang KP Kesihatan.