Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 22 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.
LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :
Kes Positif Baharu :
** Terdapat 3 sahaja kes positif yang baharu di Johor pada hari ini berbanding semalam 1 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Negeri Johor adalah sebanyak 648 kes.
** Kes positif di Johor merupakan 11.71 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (5,532 kes)
** Pertambahan 3 kes baharu tersebut dilaporkan di Muar (Mukim Bandar) – 1 kes dan Johor Bahru – 2 kes yang datangnya dari zon pusat kuarantin.
** Daerah yang paling tinggi kes adalah Kluang (222 kes) diikuti dengan Johor Bahru (196 kes).
Kes Sembuh Dan Discaj :
** Tiada rekod pesakit discaj hari ini. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj hari ini kekal 365 kes (56.3 %).
** Ralat : Rajah JKNJ – Bilangan Kes sepatutnya 2 dan kes baru adalah 2 juga bukan 5.
Kes Kematian :
** Tiada kes kematian dilaporkan sejak 4 hari ini di Johor hari ini menjadikan ia kekal 16 kes keseluruhannya.
** Berikut adalah bilangan jumlah kes kematian terkini : Tangkak (4), Kluang (4), Johor Bahru (4), Muar (1), Batu Pahat (1), Pontian (1), Kulai (1), Kota Tinggi (0), Mersing (0) dan Segamat (0).
Kes Aktif (Dalam Rawatan) :
** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital bertambah 3 orang menjadi 267 kes.
** Sebanyak 6 kes di dalam ICU. Ini bermakna seorang telah keluar dari ICU.
** Daerah Kluang mencatat kes aktif paling tinggi iaitu sebanyak 86 kes. Mukim paling banyak kes aktif pula adalah Ulu Benut sebanyak 80 kes.



Tahniah kepada 35 mukim (38 %) yang telah berjaya menyekat jangkitan Covid-19 dengan rekod tiada sebarang kes positif sejak awal lagi (rajah). Mukim itu boleh dianggap sebagai bersih setakat ini.
57 mukim yang lain mencatatkan sekurang-kurangnya 1 kes.
Grafik : Jabatan Kesihatan Negeri Johor