Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 22 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.00 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com

Maklumat dan data berkaitan jangkitan Covid-19 terkini itu adalah sehingga pikul 12.00 tengahari tadi.

KES BAHARU (50) :

** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 50 orang. Kurang sebanyak 7 kes berbanding semalam (57 kes). Namun ia masih di bawah paras 100 yang mencatatkan hari ke 7 sejak 15 Mac 2020.

** Jumlah kumulatif kes yang telah dilaporkan adalah 5,532 kes.

** Kes baharu hari ini juga mencatat 6 hari berturut-turut berada di bawah paras 100 kes sejak 17 April lalu. Ia dilihat satu perkembangan yang positif ekoran daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Grafik : KKM

KES SEMBUH (103) :

** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 103 orang. Ia merupakan hari ke 13 Malaysia mencatat kes sembuh lebih banyak dari kes baharu. Semalam, kes baharu lebih ramai daripada kes sembuh.

** Kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 3,452 kes (62.4 %).

KES AKTIF (1,987) :

** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital adalah seramai 1,987 orang iaitu berkurangan sebanyak 54 orang.

** Pertama kali jumlah kes aktif turun ke paras bawah 2,000 kes. Kes aktif mula mencecah angka 2,000 kes pada 29 Mac 2020.

** Kes aktif ini juga mula mencecah 1,000 kes pada 21 Mac 2020. Berdasarkan kepada trend minggu ini, Malaysia menuju ke arah 1,000 kes dalam masa terdekat ini harapnya.

KES ICU (43 kes) :

** Seramai 45 orang masih dirawat di ICU. 25 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

KES KEMATIAN (1) :

Hari ini dilaporkan kes kematian hanya 1 kes sahaja menjadikan jumlahnya 93 kes. Kes itu adalah dari Hospital Umum, Sarawak.

Graf Kes Aktif berbanding Kes Sembuh (01 hingga 22 April)

TERKINI #COVID19Malaysia, 22 April 2020.Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 103 kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 22 April 2020

Laporan penuh boleh didapati di sesawang KP Kesihatan.