Bekas pemain antarabangsa Argentina yang pernah beraksi dengan Johor Darul Ta’zim(JDT) pada 2013 dan 2014, Pablo Aimar adalah antara pemain yang berada dalam senarai kesebelasan pilihan pemain pertahanan kebangsaan dan JDT.
“Pengalaman bermain dengan Aimar juga antara pengalaman terindah buat saya kerana kita tahu dia antara pemain berkelas dunia.” Kata Aidil Zafuan.
Begitu juga dengan Idris Karim, bekas pemain Johor turut dipilih oleh Aidil mengisi posisi tengah pilihan beliau.
Idris Karim antara pemain senior yang banyak memberi tunjuk ajar serta membimbing saya ketika di awal penglibatan dalam bola sepak.
“Beliau mempunyai personaliti yang tidak serius di luar padang serta disukai ramai pemain muda tetapi bila hari perlawanan, mereka cukup serius.
Selain itu, S. Kunanlan juga tersenarai mengisi bahagian pertahanan.
Dalam senarai pilihan XI Aidil, dia memilih formasi 4-4-2
Best XI Pilihan Aidil:
Penjaga gol: Yazid Yassin
Pertahanan : Ching Hong Aik, Zamani Misbah, Khairul Anuar Baharom, S.Kunanlan
Tengah : Liew Kit Kong, Idris Karim, Pablo Aimar, Hardi Jaafar
Penyerang : Marlon Alex James, Khalid Jamlus
Sementara itu dalam kenyataan yang sama, Aidil turut memuji bekas penyerang kebangsaan pada awal era tahun 2000, Khalid Jamlus. Aidil akui masih belum berdepan mana-mana penyerang setakat ini mempunyai ketenangan dalam melakukan sentuhan penyudah seperti mana
Walaupun Mohd Aidil hanya sempat beraksi menentang Khalid ketika pemain tersebut bersama Kelantan dan dia bersama Negeri Sembilan pada musim 2009 serta 2010, Aidil masih mengagumi kualiti dimiliki bekas penyerang Perak dan Selangor itu.
“Saya pernah ada pengalaman dengan Khalid walaupun ketika itu dia di hujung karier, tetapi sehingga kini saya fikirkan belum jumpa ada mana-mana penyerang sepertinya.
“Paling buat saya kagum, ketenangannya semasa mendapat bola dan dia seorang bijak serta sentiasa berfikir dalam mencari ruang bagi menjaringkan gol.
“Dia bukan jenis seorang yang suka berlari merata-rata dan tidak gopoh dalam membuat keputusan,” katanya.