Safawi Rasid, penyerang kebangsaan dan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menunjukkan ‘kehebatan’ jari-jemarinya pula kali ini.
Pemain berusia 23 tahun itu akan mewakili Malaysia dalam kejuaraan Piala Stay and Play eNations Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bersama seorang lagi pemain bola sepak elektronik negara, Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan.
P3rlisTeamJr atau nama sebenarnya Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan yang muncul juara Malaysia National eChallenge, Jumaat lalu akan bergandingan dengan Safawi.
Kejohanan itu telah bermula semalam, 21 April sehingga Sabtu ini yang berlangsung dari kediaman masing-masing ekoran pandemik COVID-19.
Safawi Rasid jelas begitu bersemangat dan teruja bertanding pada kejohanan elektronik itu dan turut melakukan persediaan rapi menjelang pertandingan terbabit.
“Dalam tempoh PKP, bukan sahaja saya menjalani latihan fizikal di rumah tetapi saya juga mengasah kemahiran FIFA20.
“Saya akan mewakili Malaysia bersama Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan dalam pertandingan antarabangsa. Saksikan dan sokonglah kami pada kejohanan ini.
“Kami akan pastikan untuk membawa pulang gelaran juara ke Malaysia,” katanya.
Bagi perlawanan Zon Timur, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Taiwan manakala Kumpulan B pula menampilkan Singapura, Australia dan New Zealand.
Sumber : Berita Harian
Foto Grafik : FAM
Full Time : MALAYSIA vs JAPAN
P3rlisTeamJr 0-2 Web Nasri
Safawi Rasid 3-4 Shinji Okazaki