Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 21 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.30 petang tadi. Laporan penuh kenyataan akhbar boleh diperolehi di kpkesihatan.com
KES BAHARU (57) :
** Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 57 orang. Bertambah sebanyak 21 kes berbanding semalam (36 kes). Namun ia masih di bawah paras 100 yang mencatatkan hari ke 6 sejak 15 Mac 2020.
** Jumlah kumulatif kes yang telah dilaporkan adalah 5,482 kes.
** Kes baharu hari ini juga mencatat 5 hari berturut-turun berada di bawah paras 100 kes. Ia dilihat satu perkembangan yang positif kesan daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KES SEMBUH (54) :
** Kes pesakit sembuh dan dibenar pulang hari ini adalah seramai 54 orang. Namun begitu jumlah kes itu dilihat lebih rendah dari kes baharu.
** Sebelum ini semalam mencatat 8 hari berturut-turut jumlah sembuh lebih tinggi dari kes baharu.
** Jumlah kes sembuh keseluruhan adalah 3,349 kes (61 %)
KES AKTIF (2,041) :
** Jumlah kes aktif dan masih dirawat di hospital kekal seperti semalam.
** Kes aktif semalam menunjukkan trend penurunan berterusan selama 8 hari berturut-turut sehingga sebelum tiada perubahan hari ini.
KES ICU (43 kes) :
** Seramai 45 orang masih dirawat di ICU. 27 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
KES KEMATIAN (3) :
Hari ini dilaporkan kes kematian sebanyak 3 kes menjadikan jumlahnya 92 kes. Kes itu adalah dari Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur setiap satunya 1 kes.
Laporan penuh boleh didapati di sesawang KP Kesihatan.