Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 21 April 2020 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah petang tadi pukul 5.30 petang. Laporan penuh boleh diperolehi di kpkesihatan.com .

Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga turut selari memberikan data Covid-19 terkini sehingga pukul 12.00 tengahari tadi.

LAPORAN PESAKIT COVID-19 NEGERI JOHOR :

Kes Positif Baharu :

** Terdapat hanya 1 sahaja kes positif yang baharu di Johor pada hari ini berbanding semalam 2 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Negeri Johor adalah sebanyak 645 kes.

** Kes positif di Johor merupakan 11.8 peratus daripada kes keseluruhan di peringkat negara (5,482 kes)

** Pertambahan 1 kes baharu tersebut dilaporkan di Tebrau menjadikan mukim tersebut yang telah dikesan positif sebanyak 32 kes.

Mukim Tebrau merupakan mukim ke 4 tertinggi kes positif. Mukim lain adalah Kluang (198 kes), Plentong (67 kes) dan Pulai (39)

Kes Sembuh Dan Discaj :

** Jumlah pesakit discaj pula adalah seramai 1 orang sahaja. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj hari ini menjadi 365 kes (56.6 %).

Grafik : Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Kes Kematian :

** Tiada kes kematian dilaporkan sejak 3 hari ini di Johor hari ini menjadikan ia kekal 16 kes keseluruhannya.

** Berikut adalah bilangan jumlah kes kematian terkini : Tangkak (4), Kluang (4), Johor Bahru (4), Muar (1), Batu Pahat (1), Pontian (1), Kulai (1), Kota Tinggi (0), Mersing (0) dan Segamat (0).

Kes Aktif (Dalam Rawatan) :

** Kes Aktif, iaitu yang masih menerima rawatan di hospital masih kekal sama iaitu sebanyak 264 kes.

** Sebanyak 7 kes di dalam ICU.

** Daerah Kluang mencatat kes aktif paling tinggi iaitu sebanyak 86 kes. Mukim paling banyak kes aktif pula adalah Ulu Benut sebanyak 80 kes.

Sementara itu di seberang tambak, Singapura hari ini mencatat pertambahan sebanyak 1,426 kes baharu menjadikan jumlah 8,014 kes keseluruhannya dengan 11 kematian.

Tahniah kepada 35 mukim (38 %) yang telah berjaya menyekat jangkitan Covid-19 dengan rekod tiada sebarang kes positif sejak awal lagi (rajah). Mukim itu boleh dianggap sebagai bersih setakat ini.

57 mukim yang lain ada mencatatkan sekurang-kurangnya 1 kes.

Mukim yang bersih dan tiada kes Covid-19 langsung sehingga 21.04.2020