Theerathon Bunmathan, 30 tahun, adalah seorang pemain kebangsaan Thailand yang sekarang ini sedang bermain untuk Yokohama F. Marinos dalam saingan J1 League Jepun. Dalam perlawanan pertama J1 League pada 23 Februari lepas, beliau berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan tersebut.
Theerathon pernah mewakili Buriram United dari Thailand sehingga tahun 2016. Beliau adalah merupakan rakan sepasukan Diogo Luis Santo semasa di Buriram United pada tahun 2015 dan 2016.
Atas pengalaman dan pengamatan Theerathon 2 tahun bersama Diogo, beliau telah menamakan Diogo antara pilihan kesebelasan pemain terbaik yang pernah bermain bersama beliau.
Ianya telah dinyatakan melalui media Thairath Thailand. Antara pemain lain yang beliau senaraikan ialah :
PENJAGA GOL: Kawin Thamsatchanan
PERTAHANAN: Suree Sukha, Mario Abrante, Osmar Ibáñez, Theerathon Bunmathan.
PEMAIN TENGAH: Sarach Yooyen, Thanaboon Kesarat, Chanathip Songkrasin.
PENYERANG: Heberty Fernandes, Teerasil Dangda, Diogo Luis Santo.
Kesemua pemain tersebut pernah beraksi bersama Theerathon ketika di Buriram United dan Muangthong United

Diogo Santo kini bermain untuk kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak musim lepas, 2019. Pada musim 2019, Diogo telah menjadi penjaring kedua terbanyak Liga Super Malaysia 2019 dengan jaringan sebanyak 12 gol. 2 daripadanya adalah melalui sepakan penalti.
Theerathon, pemain pertahanan turut membantu kelabnya (Yikohama F. Marinos) menjuarai J1 League musim lepas dan turut menyumbang 3 gol dalam liga tersebut di belakang penjaring Thailand terbanyak, Songkrasin (4 gol)
Sumber : Thairath.co.th
Foto : The Photoshooterz