Singapura dilaporkan mencatat lonjakan tinggi jangkitan COVID-19 pada hari ini, Sabtu apabila 942 kes positif baharu dikesan di negara itu.

Pekerja asing yang tinggal di asrama dikesan merupakan majoriti kes jangkitan tersebut menurut Kementerian Kesihatan Singapura.

Menurut laporan dari Astro Awani Ia merupakan lonjakan tertinggi kes jangkitan COVID-19 di negara itu dalam masa 24 jam dengan jumlah kumulatif sebanyak 5,992.

Langkah memperketat perintah kawalan pergerakan di negara itu telah diambil selama sebulan bermula pada 7 April lalu.

Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong, menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung pada Jumaat memaklumkan langkah itu adalah bagi membendung penularan COVID-19 yang kian meningkat.

Singapura setakat ini juga mencatat jumlah kematian sebanyak 11 kes.

Malaysia pernah mencatat kes harian tertinggi pada 06 April yang lepas dengan sebanyak 236 kes baharu ketika itu. Kumulatif kes di Singapura hari ini sebanyak 5,992 kes berbanding Malaysia sebanyak 5,305 kes.