Borneo FC adalah salah sebuah kelab dari Indonesia yang bersaing dalam Liga-1 Indonesia. Pada musim lepas, 2019, Borneo FC menduduki tangga ke 7 liga. Pada musim ini saingan hanya berlangsung 3 perlawanan sebelum ditangguhkan akibat pandemic Covid-19. Dengan berbekalkan 2 kemenangan, Borneo FC berjaya menempat kedudukan ke 3 liga setakat ini..

Kelab Borneo FC Samarinda, dipimpin oleh Presidennya Nabil Husien Said Amin. Beliau dilaporkan melalui laman rasmi kelab tersebut berminat dan menyanjung kelab dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Keunggulan serta perkembangan JDT sentiasa diikuti oleh Nabil Husein. Beliau bukan hanya mengagumi Harimau Selatan, tetapi juga pemiliknya, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Nabil mempunyai alasan yang kuat mengapa beliau mengagumi JDT dan TMJ kerana JDT terkenal dengan fasiliti dan pengurusan antara terbaik Asia. Begitu juga JDT sedang bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.

“Beliau adalah orang yang saya kagumi. Passionnya di sepakbola luar biasa. Tentu ini hal positif yang dapat dicontoh untuk klub-klub di Indonesia,” kata Nabil dalam Bahasa Indonesia.

Presiden Borneo FC Samarinda tersebut berkeinginan berkunjung ke Johor untuk menjalin persahabatan serta belajar dan menimba pengalaman di JDT.

Beliau turut ingin membawa pihak pengurusan mereka bersama dalam kunjungan tersebut yang dijangka banyak yang akan dapat dipelajari dari sana dari pelbagai segi.

“Insya Allah setelah wabah ini berakhir, saya akan bersilahturahmi ke Johor bertemu beliau. Dan saya akan ajak teman-teman manajemen Borneo FC untuk visit klub mereka,” katanya lagi.

Berikut juga adalah petikan ayat dari sebuah bulletin sukan bolalob.com dari Indonesia berkenaan JDT :

“Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi salah satu tim fenomenal di Asia Tenggara. Fasilitas yang dimiliki dan prestasinya di dalam negeri dan level Asia membuat banyak orang berdecak kagum.” Bulletin bolalob.com

Kredit Foto : Borneo FC Samarinda