Tahukah anda pasukan mana yang diwakili oleh Fazly Mazlan sekarang ini ? Ikuti berita yang telah diumumkan ole Alistair Edwards pada 31 Januari lepas. Beliau telah bermain dengan pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada musim lepas..
Berikut adalah berita yang disiarkan pada awal tahun 2020.
Dua pemain pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), iaitu Muhammad Fazly Mazlan dan S. Kumaahran sah dipinjamkan kepada pasukan Pahang bagi saingan Liga Malaysia 2020.
Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT;Johor Southern Tigers, hari ini.
Bernama difahamkan kedua-dua pemain berkenaan yang pernah beraksi dengan skuad kebangsaan, dipinjamkan ke Pahang untuk tempoh satu musim.
Dalam pada itu, Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang dihubungi Bernama memaklumkan kedua-dua pemain berkenaan akan menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah dalam tempoh terdekat.
“Saya baharu sahaja mendapat berita mengenai perkara ini, dan saya tidak boleh mengulas lanjut sehingga mereka tiba di Kuantan,” katanya.
Muhammad Fazly yang beraksi di posisi pertahanan kiri, diserap dari skuad Piala Presiden Johor ke JDT II pada 2013, manakala Kumaahran yang bermain di posisi penyerang menyertai JDT II dari Pulau Pinang pada 2018.
** Update :
Mengikut rekod Liga Super Malaysia musim ini, sehingga 4 perlawanan pertama, Kedua-dua pemain tersebut berada dalam senarai pemain dalam kesemua empat perlawanan. Perkembangan yang menarik adalah S. Kumaahran mencatat rekod bersih penampilan dan disenaraikan dalam kesebelasan utama semua perlawanan.
Bagi Fazly Mazlan, turut berada dalam senarai pemain namun dua perlawanan awal hanya berada dalam senarai pemain simpanan. Manakala dua perlawanan terakhir (perlawanan ketiga dan empat), beliau disenarai dalam kesebelasan utama.
Semoga dengan penampilan dan minit bermain yang banyak akan dapat memberi peluang kedua-dua pemain tersebut sentiasa dalam keadaan bersedia untuk mencuri ruang dalam pasukan utama JDT.
S. Kumaahran : 4 penampilan penuh (360 minit)
Fazly Mazlan : 3 penampilan (2 kesebelasan utama + 1 gantian masuk) , 208 minit main.