Buat pertama kali, jumlah pesakit yang telah sembuh dari Covid-19 melebihi jumlah ke baharu untuk dua hari berturut-turut semalam dan hari ini.

Melalui laporan dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang telah disiarkan secara langsung pukul 5.00 petang tadi, 121 orang pesakit kes positif Covid-19 telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

Manakala kes baharu hari ini sehingga 12.00 tengahari tadi adalah sebanyak 109 kes yang menjadikan kes positif terkumpul adalah 4,228 kes.

Pada hari semalam, 166 pesakit dibenarkan discaj, manakala kes baharu adalah 156 kes.

Sebelum itu, pada Isnin, 06 April, juga turut menyaksikan kes discaj (236 orang) melebihi kes baharu ( 131 orang). Ini antara indicator yang menunjukkan satu perkembangan yang positif dan diharapkan ianya berterusan. Selain dari itu diharapkan juga bilangan kes baharu turut berkurangan setiap hari.

Selain dari itu, jumlah kes baharu hari ini juga merupakan yang paling rendah sejak 16 hari sebelum ini. Namun ia masih melebihi paras 100 kes. Jumlah kes melebihi 100 orang sejak 15 Mac 2020 ( 190 kes).

Ia juga bermakna KKM telah mencatat rekod 3 hari yang mana kes discaj melebihi kes baharu (6, 8 dan 9 April).

KKM juga telah melaporkan tadi jumlah kes positif Covid-19 di kalangan bukan warganegara Malaysia. Warga Indonesia mendahului warga lain dengan 51 kes, diikuti dengan warga India (37), Myanmar (31), Pakistan (29), Filipina (27) dan China (25).

Ini menjadikan jumlah mereka seramai 151 orang (3.6 peratus).

Sumber dan grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia