Sejak kes pertama ditemui pada 25 Januari 2020, semalam merupakan hari bersejarah buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bilangan pesakit discaj paling tinggi direkodkan semalam, 06 April sehingga 12.00 tengahari iaitu 236 kes.
Ini menjadikan 1,241 pesakit telah sembuh dan discaj atau 33% daripada jumlah keseluruhan kes (3,793 kes)
Semalam juga merupakan buat pertama kali kes discaj melepasi angka 200 kes. Sebelum itu 2 hari (01 dan 02 April) melepasi angka 100 kes.
Semalam juga menampakkan satu petanda positif apabila kadar kes baharu berbanding kes discaj atau pulih adalah paling rendah iaitu 0.56 sejak bulan Mac.
Pada pandangan penulis, ia mungkin disebabkan oleh pertambahan test kit yang dibekalkan kepada KKM. Sekiranya benar maka kita akan dapat lihat perkembangan yang positif lagi pada hari ini.
Kadar tersebut (kes baharu berbanding kes discaj) merupakan ANTARA indikator yang digunakan KKM melihat perkembangan pandemik Covid-19 ini.
Ayuh Malaysia, sama-sama kita bantu memutuskan rantaian wabak COVID-19. Stay at home.
Sumber : KKM
