Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang dibuka secara rasminya pada 22 Februari lalu telah menjadi tuan rumah kepada tiga aksi. Ia menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) memenangi kesemua tiga aksi tersebut. JDT sudah pasti mahu memastikan rekod sempurna di stadium baru mereka itu belum lagi tercalar.
Kemenangan 1-0 diperoleh melalui perlawanan menentang Kedah dalam aksi pembuka tirai CIMB Liga Super 2020. Ia disusuli dengan kemenangan 2-1 ke atas Suwon Bluewings dalam saingan Liga Juara-Juara Asia dan kemudiannya 2-1 ke atas Uitm FC.
Perlawanan berikutnya selepas ini untuk JDT adalah menentang Felda United si Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Namum malam ini agak berbeza kerana kali ini mereka tidak akan ditemani sorakan penyokong setia memandangkan perlawanan diadakan tanpa penyokong berikutan penularan wabak Covid-19.
Di atas kertas, tidak banyak harapan yang mungkin diletakkan ke atas skuad Felda United. Secara kasarnya satu lagi kemenangan dilihat berada dalam genggaman JDT.
Sebelum ini dalam perlawanan sebelum ini, Felda United berjaya menewaskan Melaka United 3-2 di Stadium Tun Razak, Jengka. Melaka mendahului dengan jaringan 2-0.
“Semoga momentum yang sama dapat dibawa ke aksi seterusnya menentang JDT, ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar, kita akan cuba sedaya upaya dapatkan sesuatu daripada perlawanan itu nanti,” ujar Nidzam, ketua jurulatih The Fighters.
Mengenai kedudukan pasukan dalam carta liga setakat tiga perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT kini selaku pendahulu liga dengan 9 mata selain merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mengekalkan kemenangan berturut-turut. Manakala Felda United pula berada dikedudukan ke-7 liga dengan kutipan 4 mata.