Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan untuk menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berkuatkuasa Isnin ini (16 Mac 2020).
Ini bermakna perlawanan pada hari Sabtu, 14 Mac 2020 akan tetap berlangsung di venue yang telah ditetapkan seperti dalam jadual. Namun perlawanan tersebut terpaksa dijalankan di stadium tanpa penonton atau penyokong.
Perlawanan yang terlibat esok (14 Mac 2020) adalah :
Johor Darul Ta’zim melawan Felda United (Stadium Sultan Ibrahim)
Sabah melawan Perak (Stadium Likas)
Melaka melawan Pahang (Stadium Hang Jebat)
Perlawanan pada Ahad, 15 Mac 2020 :
Kedah melawan Selangor (Stadium Darul Aman)
UiTM FC melawan PDRM (Stadium UiTM Shah Alam)
PJ City FC melawan Terengganu FC.
Keputusan itu dibuat bukan sahaja melibatkan CIMB Liga Super sahaja, malah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu mesyuarat awal hari ini tadi, telah membuat keputusan bahawa kesemua
pertandingan anjuran MFL termasuk perlawanan Shopee PIALA FA 2020 akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian.
Keputusan ini dibuat (perlawanan tertutup) berdasarkan keputusan mesyuarat FAM ekoran daripada penularan wabak Covid-19 yang juga telah diisytiharkan oleh World Health Organisation (WHO) sebagai satu pandemic
Laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers juga telah bertindak pro aktif dan akur dengan keputusan tersebut. Ini bermakna perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United tetap akan berlangsung malam esok di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri tanpa penonton.
Jualan Tiket :
Makluman daripada laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers turut mengingatkan pembeli tiket secara online (JDT vs Felda United) boleh membuat pilihan sama ada menebus kembali atau dikreditkan untuk pembelian akan datang di TicketHotline.
Kaunter tiket di Stadium Sultan Ibrahim pula kekal tidak dibuka.