Musim ini, 2020 adalah musim kelapan JDT bersaing dalam Liga Super Malaysia sejak penjenamaan baharu pada tahun 2013.

Saingan sudah masuk ke perlawanan ketiga dan JDT meneruskan kecemerlangannya dengan mencatat rekod kutipan mata penuh kesemua perlawanan tersebut.

Ia merupakan satu rekod JDT sejak musim 2013. JDT mengutip 9 mata penuh mengatasi rekod sebelumnya. Paling baik sebelum ini adalah pada tahun 2016 dan 2019 di mana JDT mengutip 7 mata.

MENANG KETIGA-TIGA PERLAWANAN — PERMULAAN TERBAIK LIGA SUPER SEJAK 2013Memenangi tiga perlawanan pembukaan Liga Super…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, March 10, 2020

6 mata pada 2018 dan 5 mata pada tahun 2017. Selainnya 4 mata. Namun perjalanan masih jauh lagi dengan saingan berbaki 9 perlawanan lagi.

JDT sudah tentu mahu mengekalkan rekod juara Liga Super untuk kali ketujuh dan tujuh tahun berturut-turut sejak 2014.

Setelah selesai minggu ketiga Liga Super, JDT berjaya melonjak ke tangga teratas selepas mencatat kemenangan terhadap pasukan PDRM semalam dan diikuti kekalahan Melaka United dengan Felda United 2-3 sebentar tadi.

Melaka United sebelum ini berada di atas JDT pada minggu kedua liga.

Perlawanan JDT berikutnya selepas ini adalah melawan Felda United pada Sabtu ini 14 Mac di Stadium Sultan Ibrahim. Bermain di laman sendiri merupakan kelebihan bagi JDT apatah lagi kubu JDT itu sekarang ini masih bertahan apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah lagi termasuk Liga Juara-Juara AFC.

Kredit Foto : The Photoshooterz