Benjamin Mora, pengendali kelab Johor Darul Ta’zim (JDT),  mengakui pemain-pemainnya perlu meningkatkan prestasi selepas sekali lagi dipaksa berkerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas PDRM dalam perlawanan Liga Super di Stadium KLFA Selasa lepas.

Jurulatih kelahiran Mexico berusia 40 tahun itu tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang hanya mampu menang tipis malam itu.

Sudah tiga kali (perlawanan) JDT gagal mencatat kemenangan selesa selepas menewaskan Kedah (1-0) dan UiTM FC (2-1). Ketiga-tiga perlawanan JDT hanya menang tipis beza satu gol sahaja.

“Terdapat banyak situasi yang dihadapi JDT. Salah satunya ialah pihak lawan cuba mengkaji cara permainan pemain JDT.

“Mereka sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding kebiasaan. Ia perkara normal kerana JDT pasukan juara dan mahu ditewaskan,” katanya.

Jurulatih kelahiran Mexico berusia 40 tahun itu tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang hanya mampu menang tipis malam itu.

“Beberapa pemain baharu masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan corak permainan kami seperti Liridon Krasniqi dan Natxo Insa selain Muhammad Fadhli Mohd Shas yang tidak bermain dalam perlawanan yang kompetitif agak lama, tetapi ini bukan satu alasan untuk saya.

“PDRM mempamerkan persembahan yang baik dan cuba mengganggu corak permainan kami. Kami cuba memecahkan kebuntuan, bagaimanapun saya gembira dengan tiga mata yang diperolehi,

Dalam perlawanan terbaru itu, JDT yang merehatkan Safawi Rasid mencipta beberapa peluang dalam babak pertama, namun usaha mereka digagalkan ketangkasan penjaga gol The cops, Bryan See.

Penjaga gol yang bermain dalam Liga Thailand musim lalu itu tewas juga pada penghujung perlawanan menerusi susulan sepakan penalti Diogo Luis Santo. Pada ketika itu sepakan penalty Diogo terkena tiang.

“Dalam bola sepak, kesilapan akan berlaku, terutama ketika di penghujung permainan,” kata ketua jurulatih PDRM, Ishak Kunju.

“Apabila anda kepenatan, anda mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesilapan. Secara keseluruhan, saya amat gembira dengan prestasi pemain.

“Mereka telah memberikan segala-galanya dan berjuang untuk bersaing dengan JDT seperti yang dirancangkan,” katanya.

Kredit Foto : The Photoshooterz