Perlawanan ketiga Liga Super Malaysia (LS3) antara pasukan PDRM dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir dengan keputusan JDT menang dengan keputusan 1-0.

Tiga lagi mata penuh dikutip oleh JDT malam ini di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. Seperti jangkaan awal JDT akan memenangi perlawanan itu, namun JDT dipaksa bekerja keras sehingga 84 minit perlawanan.

Perlawanan seakan-akan berakhir dengan seri tanpa jaringan. Namun pada minit ke 84 JDT dihadiahkan dengan sepakan penalti setelah seorang pemain PDRM terkena tangan dalam kotak penalti dalam keadaan kelam kabut.

Malang sekali sepakan penalti yang diambil oleh Diogo Santo terkena tiang. Namun bola dapat semula kepada Diogo yang terus menolak bola masuk ke dalam gawang.

Beberapa percubaan JDT tersasar sepnjang perlawanan tersebut disamping kawalan ketat bahagian pertahanan PDRM.


Dengan keputusan itu, JDT melonjak ke tangga teratas carta Liga Super Malaysia 2020 dengan rekod belum kalah selepas 3 minggu perlawanan. Namun saingan JDT, Melaka United akan melawan Felda United malam esok. Keputusan seri atau kalah akan mengekalkan JDT di tangga teratas liga.

Keputusan : PDRM 0-1 JDT

Kesebelasan pemain JDT : Farizal Marlias (C), Matthew Davies, Afiq Fazail, Diogo Luís Santo, Leandro Sebastián Velázquez, Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Natxo Insa, Maurício dos Santos Nascimento , Liridon Krasniqi

Simpanan : Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Aidil Zafuan, Gonzalo Cabrera, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad