Perlawanan kedua dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL) telah selesai berlangsung kecuali perlawanan yang melibatkan kelab dari negara China.

Selepas kesemua perlawanan kedua minggu lepas selesai, pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi laman sesawangnya, www.the-afc.com telah menyenaraikan 11 pemain dalam pasukan minggu ini (Team of the Week) mengikut setiap posisi. Antaranya adalah melibatkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dilihat dari senarai kesebelasan itu, ia hanya melibatkan pasukan dari Zon Timur Asia kerana pasukan dari Zon Barat telah selesai perlawanan pada minggu sebelumnya.

Tahniah kepada 3 pemain JDT yang telah turut tersenarai dalam kesebelasan pemain tersebut. Pemain JDT yang disenaraikan itu adalah Diogo Santo, Gonzalo Cabrera dan Mauricio Nascimento.

👏 Presenting the #ACL2020 Team of the Week!

Posted by AFC Champions League on Friday, March 6, 2020

Mauricio, pemain pertahanan JDT juga turut dinobatkan sebagai pemenang anugerah gol terbaik mingguan Allianz pada pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 se[anjang minggu lepas. Ia hasil dari undian melalui sesawang www.the-afc.com.

Pada Rabu, 12 Mac lepas, JDT berjaya menewaskan Suwon Bluewings, kelab gergasi Korea Selatan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Dua gol JDT itu dijaringkan oleh Gonalo Cabrera (13’) melalui sepakan penalty dan Mauricio pada minit ke 73.

Selain itu Mauricio hampir merebut anugerah ‘ACL2020 Toyota Player of the Week’ yang dimenangi oleh Terry Antonis dari kelab Suwon Bluewings. Maurico menduduki tangga ketiga dengan mengutip 7.3 mata berbanding Terry Antonis 7.8 mata.

👑 수원삼성블루윙즈 (Suwon Samsung F.C.) star Terry Antonis is the Toyota Player of the Week! #ACL2020 ➡ https://bit.ly/2VLODQR

Posted by AFC Champions League on Friday, March 6, 2020

Sumber – BERNAMA

Foto :- The Photoshooterz