JUARA Piala Sumbangsih, Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan menganggap pendatang baharu dalam saingan Liga Super, UiTM FC mudah ditewaskan sebaliknya bersikap waspada dengan penampilan pasukan itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Pengendali JDT, Benjamin Mora menegaskan walaupun faktor keletihan yang menghantui barisan pemainnya selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat namun itu bukan penghalang untuk memberi persembahan terbaik tatkala aksi liga elit bersambung selepas mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia, baru-baru ini.

“Saya mahukan pemain cergas terutama aspek fizikal dan mental dan percaya mereka tidak berdepan masalah untuk kembali berada di tahap memuaskan.

“Namun saya tidak bimbang kerana beberapa pemain seperti Leandro (Velazquez), Matthew (Davies) dan Liridon (Krasniqi) bersedia kembali beraksi.

“Mungkin akan ada penggiliran pemain dan ia langkah terbaik bagi memastikan pemain yang mengharungi tiga perlawanan dalam masa terdekat mendapat rehat yang secukupnya dan memberi peluang kepada pemain yang tidak diturunkan sebelum ini.