Skuad Asia Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sekarang ini berada di tangga ke 65 dunia jelas berada pada kelas tersendiri jika dibandingkan dengan Malaysia.
Namun sudah tentu pasukan Harimau Malaya tidak akan mudah tunduk kepada mereka.
Safawi Rasid, penyerang Harimau Malaya menjangkkan misi untuk memungut tiga mata di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok bukanlah sesuatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi pasukn kebangsaan bakal bermain di hadapan penyokong sendiri.
“Motivasi pemain ketika ini jelas berada pada tahap terbaik dan percaya kejutan kedua mampu dilakar barisan Harimau Malaya.”. kata Safawi Rasid
“Untuk perlawanan dengan UAE nanti, ia pasti bukan mudah dan kehadiran pemain-pemain ternama seperti Omar Abdulrahman dan lain-lain akan membuatkan kami berada dalam keadaan sukar.” tambah Safawi.
“Tapi saya rasa perlawanan itu nanti akan berlangsung dalam keadaan menarik dan kami mahu beraksi dengan cara sendiri serta keyakinan tinggi terutama selepas menang dengan Indonesia.” ujar Safawi.
“Insya Allah kami sudah semakin meningkat dan tak mustahil kita boleh dapat keputusan positif, Selasa ini (malam esok),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, semalam.
Mengikut sejarah, Harimau Malaya pernah menewaskan pasukn UAE 2-0 di Stadium Shah Alam. Namun ianya diperingkat Bawah 23 tahun. Ketika itu Safawi Rasid bermain di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee.
Bagaimana pun ia boleh dijadikan sumber inspirasi pemain memandangkan UAE turut diperkuatkan hampir 12 pemain B-23.
Semangat itu pastinya dapat membantu dan memastikan kemenangan malam esok.
“Pada saya semua kena fokus 100 peratus dan berikan segala-galanya.” Safawi Rasid
Artikel Penuh : Harian Metro