Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjulang Piala Liga Super 2019 secara besar-besaran malam esok bermula dari Stadium Larkin hinggalah ke Dataran Johor Bahru.

Sambutan itu lebih meriah lagi apabila JDT berjaya mencipta ‘double-hattrick’, enam musim berturut-turut sejak 2014.

Berikut adalah kenyataan dari JOHOR Southern Tigers berkaitan dengan sambutan tersebut.

==========

Penyanyi rap antarabangsa Bow Wow akan membuat persembahan dalam sambutan kejuaraan Liga Super Malaysia kali keenam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 19 Julai.

Bow Wow, yang bakatnya ditemui oleh Snoop Dogg dan kemudiannya menjadi artis yang memenangi pelbagai anugerah, akan disertai oleh barisan artis-artis tempatan kelas-A seperti Joe Flizzow, Amy Search dan K-Clique.

JDT akan menerima trofi Liga Super selepas perlawanan terakhir liga menentang Terengganu – perlawanan Liga Super Larkin yang terakhir sekali – sebelum berarak mengelilingi bandar bersama trofi dan meraikannya dengan para penyokong di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Pertunjukan bunga api yang menakjubkan dan persembahan lampu akan menemani juara ‘double hat-trick’ manakala gimik KEJUTAN ISTIMEWA berkonsep elektronik akan menandakan satu lagi kejayaan kempen yang menyaksikan JDT meraih kejayaan ‘untouchable’ dalam liga Malaysia.

ARTIS TERKENAL ANTARABANGSA BOW WOW DAN TEMPATAN KELAS-A SERIKAN SAMBUTAN KEJUARAAN JDTPenyanyi rap antarabangsa Bow…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, July 17, 2019

Antara acara-acara sambutan hebat di Dataran termasuk hadiah cabutan bertuah, J6 Neon Fun Run, ‘football freestyler’ dan penyerahan ‘Malaysia Book of Records’. Karnival bermula dari jam 3.00 petang sehingga lewat tengah malam.

Artikel Penuh di : JOHOR Southern Tigers