Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan bahawa kelab itu telah menandatangani pemain warga Jerman, Julian Johan Bechler.
Pengumuman itu dibuat melalui laman facebook rasmi Johor Southern Tigers sebentar tadi.
Julian Johan Bechler adalah pemain berdarah kacukan Malaysia dari Frankfurt, Jerman. Ibu Julian, Datuk Nooraini Anne Bechler adalah rakyat Malaysia dan ia memudahkan untuk melayakkan pemain itu beraksi bersama skuad Harimau Selatan.
Julian Berdarah Kacukan
Julian berusia 17 tahun dan merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Jerman yang kini menetap di Frankfurt dan ketika ini sedang beraksi bersama skuad B-19 kelab Tus Hornau
Sebelum ini beliau pernah beraksi bersama skuad bawah 19 tahun Tus Hornau. Skuad senior Tus Hornau adalah pasukan yang beraksi dalam Divisyen 2 Liga Jerman.
“Disebabkan saya akan tamat pengajian di Frankfurt tahun ini, jadi saya fikir ini adalah satu peluang untuk saya mengembangkan kerjaya saya di negara lain. Saya memilih Malaysia kerana ibu saya berasal dari Malaysia dan saya mempunyai keluarga besar di sini.” kata Julian kepada Berita Harian Mei lepas.
Pengalaman Bermain Di Frankfurt
“Di Frankfurt, saya bermain bola sepak di tahap yang lebih tinggi. Jadi, sudah tentu saya boleh berkongsi pengalaman yang ada bersama rakan sepasukan.” kata Julian yang bermain di posisi penjaga gol.
“Julian pernah berlatih dan bermain di Queens Park Rangers (QPR), Eintracht Frankfurt, Sunderland dan banyak lagi kelab, tetapi JDT menyediakan fasiliti yang jauh lebih baik.” kata ibu Julian.
Biodata :
Nama : Julian Johan Bechler
Asal : Frankfrut, Jerman
Umur : 17 Tahun
Posisi : Penjaga gol
Kelab Dahulu : Tus Hornau ( B19 )
Pernah Berlatih : Sunderland, QPR dan Eintracht Frankfurt
Idola : Ederson ( PG Manchester City )
Tinggi : 180 cm
Berat : 72 KG
Sumber : Media JST dan Berita Harian
Foto : JOHOR Southern Tigers