Rekod demi rekod dicipta oleh Johor Darul Ta’zim (JDT). 75 perlawanan tanpa tewas di gelanggang sendiri, Stadium Larkin telah dicapai dan bukan semudah itu untuk dicipta ikeh mana-mana pasukan.

Tiada pasukan yang tidak boleh dikalahkan sama ada di gelanggang sendiri mahu pun di gelanggang lawan. Tidak terkecuali kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kekalahan JDT di laman sediri di tangan PJ City malam tadi mengakhiri rekod tanpa kalah di kubu kuat JDT, Stdium Larkin. Kita terima hakikat itu dengan hati terbuka.

JDT mencipta satu rekod bola sepak Malaysia apabila mengharungi 75 perlawanan Liga Super Malaysia tanpa tewas di laman sendiri. Walaupun hanya berbaki dua perlawanan untuk mengulangi pencapaian invincible pada musim 2016, namun ia tidak kesampaian.

Namun terfikir oleh kita, siapa atau pasukan mana yang lain yang boleh bukan setakat menyamai rekod JDT, malah mengatasinya ?

Adakah bola sepak Malaysia akan menyaksikan JDT mencipta rekod memperbaharui rekod lama yang dibuat oleh JDT sendiri ?

Buat masa ini masih belum nampak lagi ada pasukan yang dapat menghampiri rekod JDT itu. Jika ada pun masih jauh. 

Melalui rekod Liga Super, sejak 2010 tiada pasukan yang menghampiri rekod JDT tersebut.

Rekod terhampir yang dibuat oleh selangor pun hanya 14 perlawanan tanp kalah di laman sendiri yang dicipta sekitar 2012 hingga 2014. 

Diikuti oleh Kedah yang telah direkodkan sebanyak 23 perlawanan sekitar 2007. Kelantan sebanyak 20 perlawanan sekitar 2010.

Rekod yang dibuat oleh pasukan lain lebih kurang satu pertiga sahaja. 

75 perlawanan tanpa kalah itu hampir menyamai 7 musim berturut-turut sejak penjenamaan baru JDT. Ini bermakna pasukan lain boleh menyamai rekod JDT sekurang-nya 7 musim dari sekarang atau pada tahun  2026 nanti.

KIta cabar pasukan lain cipta rekod 76 perlawanan Liga Super tanpa tewas di lamaN sendiri pula. Atau harungi semusim Liga Super tanpa tewas seperti JDT pada 2016.

Tahniah JDT dan teruskan mencipta rekod demi rekod yang baharu.

Foto : The Photoshooterz