Permata Harimau Selatan sedang digilap dan dalam mengisi ruang kosong pasukan JDT. Ramadhan Saifullah Usman yang baru berusia 18 tahun berusaha gigih tanpa jemu untuk memastikan beliau mendapat perhatian pengurusan JDT agar dapat diserapkan dalam barisan utama JDT itu.
Beliau berpotensi besar menyinar sekiranya terus berusaha dan digilap bakatnya. JDT antara kelab yang mampu membentuk beliau ke satu tahap yang lebih tinggi memandangkan JDT mempunyai pelbagai program dan fasiliti terbaik negara.
Ramadhan sebelum ini pernah beraksi untuk JDT III dan JDT IV sebelum diserap ke JDT II musim ini. Pada usia 18 tahun, kelincahan beliau dapat dilihat oleh ketua jurulatih JDT II, Ervin Boban dan terus diserap ke JDT II.
Pada usia 18 tahun juga sepatutnya beliau boleh dan layak bermain untuk JDT IV atau JDT III. Namun dengan bakat yang beliau ada, beliau diberi peluang beraksi bersama JDT II. Ervin Boban sememangnya kenal dan tahu kemampuan Ramadhan kerana beliau pernah menjadi anak didiknya semasa di JDT III sebelum ini.
Ramadhan dilihat mula mendapat perhatian penyokong JDT selepas beberapa kali diberi kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama JDT II.
Ramadhan pernah bersama skuad Malaysia untuk saingan kejuraan AFC B-19 di Indonesia tahun lepas.
Beliau juga pernah dianugerahkan Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam program ‘Mencari Ramli 5’. Sebelum itu turut beraksi dalam persahabatan di Manchester.
Bakat Ramadhan mula berkembang semasa menuntut di SMK Bandar Uda Utama sekitar 2015 hingga 2016.
Ramadhan berjaya berjaya membuktikan keupayaan setelah menjaringkan gol sulongnya bersama JDT II pada aksi menentang UiTM FC di Stadium MPPG 25 Jun lepas.
Ikutilah komen-komen Ervin Boban mengenai Ramadhan.
“Biarpun masih muda, tapi Ramadhan begitu matang beraksi dan memperagakan aksi terbaik apabila sering memberi tekanan kepada pasukan lawan yang terpaksa bertungkus lumus menyekat pemain itu.
“Malah ada satu ketika sehingga dua pemain UiTM FC cuba menghalang dia namun pemain itu bijak meloloskan diri dan itu yang kita mahu di JDT II iaitu memberi peluang kepada pemain muda beraksi dalam perlawanan kompetitif.
“Ia penting untuk memberi pendedahan dan saya kerap menurunkan Ramadhan kerana dia begitu komtimed apabila diturunkan dalam setiap perlawanan. Tapi masih ada ruang untuk dia memperbaiki lagi corak permainan,”
Penulis pernah dua kali berkongsi berita dalam facebook page berkaitan Ramadhan sebelum ini.
Foto : JOHOR Southern Tigers