Dengan memberi gelaran ‘The Bos’ kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Pengurus Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa menyatakan bahawa memenangi Liga Super Malaysia sentiasa menjadi matlamat utama.
Beliau turut menyatakan saingan Piala FA adalah bukan sebahagian perancangan JDT.
“Selepas JDT tersingkir dalam saingan Piala FA, ‘The Boss’ telah menaikkan semangat kami dengan mengatakan bahawa mungkin ia adalah perkara yang baik kerana sementara yang lain mengejar Piala FA, kami boleh memberi tumpuan kepada Liga.” kata Luciano Figueroa.
‘The Boss‘ mengatakan: “Kejuaraan liga membawa ganjaran yang lebih tinggi, iaitu ‘double’ hatrik dan penglibatan Liga Juara-Juara AFC. Tidak ada kelab yang pernah memenangi kejuaraan tersebut tiga tahun berturut-turut, jadi ayuh kita lakukannya dua kali dan jadikan JDT ‘immortal’.”
“Selepas kami memenangi liga, ‘The Boss’ bertanya: “Apa kata meletakkan sasaran ‘unbeaten’ dua kali?”
‘The Boss’ sentiasa menggalakkan kami menjadi lebih baik dan mensasarkan rekod-rekod baru. Sekarang, kami berada di ambang musim kedua tanpa kalah – satu rekod baru untuk JDT.
Sumber : JOHOR Southern Tigers
Foto : The Photoshooterz