Video Rangkuman Perlawanan KL JDT Dan Fakta Perlawanan
Kuala Lumpur tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Tuan rumah sebelum itu cuba memburu jaringan pembukaan, JDT lebih bernasib baik meraih gol pertama menerusi Gonzalo Cabrera pada minit ke-15.
Namun pada minit ke-28, berpunca daripada kesilapan benteng tuan rumah melakukan perangkap offsaid untuk membuka peluang kepada Diogo Santo menambah gol kedua skuad Harimau Selatan.
JDT menguasai permainan dan hasilnya giliran Nazmi Faiz Mansor melakar nama selaku penjaring pada minit ke-61 sekali gus meletakkan tuan rumah makin ketinggalan.
Baca juga : JDT Rakus Benam KL 4-0
Selepas sembilan minit, Diogo sekali lagi menambah akaun jaringan peribadinya untuk meletakkan kedudukan 4-0.
Fakta Perlawanan JDT malam tadi :
- Kemenangan ke 16 JDT dalam Liga Super 2019
- JDT kutip 53 mata. 15 mata meninggalkan Pahang.
- Baki 2 perlawanan menentukan JDT habiskan musim tanpa tewas (invincible).
- Musim lepas 2018, JDT tewas 0-1 di tangan KL di stadium yang sama dan berakhir selama 2 hari kerana cuaca buruk.
- Diogo Santo sudah menjaringkan 12 gol dalam Liga Super menjadi penjaring terbanyak JDT.
- Gol Gonzalo Cabrera ke 10 malam tadi adalah kedua terbanyak.
- Nazmi Faiz Mansor terlibat dalam 3 penampilan terakhir beliau (menjaringkan 2 gol dan 1 assist)
- Hanya dua pemain JDT yang telah menjaringkan 2 gol dalam satu perlawanan iaitu Leandro Velazquez (2 kali) dan Diogo Santo (2 kali)
- Penampilan kedua Izham Tarmizi musim ini dalam Liga Super selepas perlawanan menentang Felda United.
- Diogo Santo membuat penampilan terbanyak (setiap 20 perlawanan) dengan 17 kesebelasan utama. Ia diikuti dengan Safawi Rasid 19 penampilan.
- Kesebelasan utama pertama buat SYAZWAN ANDIK dan penampilan kedua beliau dalam Liga Super 2019.
- SYAMER KUTTY membuat penampilan penuh masa pertama beliau dalam LS musim ini.
- IZHAM TARMIZI turut cipta rekod LS2019 – 2 penampilan, 2 clean sheet.
- KUMAAHRAN (41), pertama kali berada dalam senarai pemain perlawanan malam tadi. Namun belum berpeluang membuat penampilan sulong.