Sehingga LS21 atau 20 perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo menjadi penjaring kedua terbanyak dalam saingan Liga Super Malaysia 2019 dengan jumlah jaringan 12 gol.

Diogo mengikuti rapat Kpah Sherman dari pasukan PKNS FC yang telah menjaringkan 13 gol (21 perlawanan). Namun bagi Diogo jumlah 12 itu adalah melalui 20 perlawanan.

Diogo Luis Santo masih berpeluang mengejar kasut emas mengatasi Kpah Sherman kerana masih mempunyai baki dua perlawanan lagi di tempat sendiri iaitu menentang PJ City dan Terengganu FC.

Baca juga : Diogo Pemain Import Termahal

Bagaimanapun Kpah Sherman hanya tinggal satu sahaja lagi perlawanan iaitu menentang Selangor.

Gonzalo Cabrera turut tersenarai sebagai penjaring ketiga terbanyak dengan 10 gol berkongsi dengan Ifedayo (Selangor) dan Patrick Reichelt (Melaka).

Kedua-dua pemain JDT (Diogo dan Cabrera) masih berpeluang menambah jaringan melalui baki dua perlawanan di Larkin.

Diogo Santo merupakan penjaring terbanyak Liga 1 Thailand musim lepas dengan 34 gol termasuk 6 gol penalti.

Pada musim 2015, Diogo juga turut mencatat penjaring terbanyak Liga 1 Thai dengan jaringan 33 gol. Diogo bermain dengan kelab Buriram United dari 2015 hingga 2018 sebelum berpindah ke JDT.

 Selain menjaringkan 12 gol dalam Liga Super, beliau turut menyumbang 2 gol JDT dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019. 

Mampukah Diogo mahupun Cabrera mengatasi jaringan Kpah Sherman ?

Sama-samalah kita memberi sokongan pdu kepada mereka berdua serta pasukan JDT.

Penjaring JDT (LS) yang lain – Safawi (7), Leandro (7), Akhyar (3), Syafiq (2), Nazmi (2). Manakala Azrif, Hariss dan Afiq masing-masing 1 gol.

Foto : The Photoshooterz