Juara Liga Super Malaysia 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC akan berdepan Kuala Lumpur FA dalam perlawanan ke 20 Liga Super di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini.
Walaupun JDT telah mencatatkan rekod Liga Super Malaysia enam musim berturut-turut, namun cita-cita Harimau Selatan yang masih belum tewas musim ini untuk terus berusaha mengejar rekod tersebut.
JDT sebelum ini pernah mencapai rekod tanpa kalah pada tahun 2016 dan ingin mengulanginya tahun ini. Perlawanan menentang Kuala Lumpur malam ini sdalah salah satu dari baki 3 perlawanan yang harus dilalui dalam mencapai rekod tersebut.
Walau bagaimanapun, cabaran mereka akan menjadi lebih sukar keeana wabak virus Influenza baru-baru ini yang mengakibatkan 10 pemain JDT kanan dan beberapa pemain bola sepak muda, jurulatih dan kakitangan diserang selesema dan menghalang persediaan mereka.
JD, juara Liga Super 2019 kini mengutip 49 mata daripada 19 perlawanan. Pahang yang berada di tempat kedua dengan 37 mata iaitu 12 mata di belakang JDT.
Walaupun sudah menjuarai Liga Super dan baru sahaj diserang wabak influenza, namun semangat eskuad Harimau Selatan tetap membara mengejar satu lagi rekod tanpa tewas.
Perlawanan menentang Kuala Lumpur malam ini akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada pukul 9.00 malam. Perlawanan ditayangkan sexara live di iflix.
Dalam perlawanan malam ini nanti para penyokong Kuala Lumpur, Johor Darul Ta’zim serta penyokong di Lembah Klang dijemput ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras untuk upacara pengiktirafan 100 gol Liga Super Indra Putra Mahayuddin.
Upacara ini dianjurkan bersama rakan penaja Liga, 100PLUS, dan akan berlangsung sebelum waktu sepak mula (bermula jam 8:30 malam). Jangan lewat!