Johor Darul Ta’zim (JDT) meluaskan dominasi Liga Super Malaysia dengan melebarkan kemenangan mereka menewaskan pasukan Kuala Lumpur (KL) 4-0 sebentar tadi.
Kemenangan JDT itu adalah kemenangan mereka ke 16 musim ini disamping 4 kali seri.
JDT mendahului KL 2-0 di separuh masa pertama. Gol-gol JDT dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke 15 dan Diogo Santo pada minit ke 28.
Gol Cabrera terhasil selepas larian solo baik oleh beliau disudahkan dengan tenang untuk JDT mendahului 1-0.
Diogo menambah derita buat Warga Kota selepas mudah menjaringkan gol kedua JDT pada malam ini menewaskan Sharbinee Allawe.
JDT menambah jaringan dalam separuh masa kedua melalui Nazmi Faiz Mansor (61’) dan Diogo (70).
Tamat perlawanan, JDT menewaskan KL 4-0.
JDT mencapai hasrat mereka mengekalkalkan rekod tanpa klah malam ini untuk menymai rekod mereka pada musim 2016.
Dengan kemenangan JDT malam ini, JDT mengumpul 52 mata mendahului Pahang yang berada di tempat kedua dengan 15 mata. Kedua-dua pasukan masih berbaki 2 perlawanan.
Perlawanan JDT berikutnya adalah menentang PJ City dan Terengganu FC kedu-duanya di Stadium Larkin.
Kesebelasan utama JDT : Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Syazwan Andik, Aidil Zafuan (C), Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Syamer Kutty Abba, Leandro Sebastián Velázquez, Nazmi Faiz, Maurício dos Santos Nascimento
Foto : JOHOR Southern Tigers