Sudah selesai 19 perlawanan Liga Super 2019 bagi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga hari ini.
JDT telah dinobatkan sebagai juara Liga Super musim ini dan 6 rahun berturut-turut (double hat-trick) sejak 2014. Satu pencapaian yang sungguh menakjubkan dan cemerlang. Pencapaian itu sukar digugat oleh mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia sekurang-kurangnya buat sedekad dua ini.
Bukan setakat itu sahaja, bukan setakat mahu mengtasi rekod JDT, malah untuk menghalang JDT dari merangkul kejuaraan Liga Super musim hadapan, 2020 juga agak sukar. Selagi pasukan lain tidak buat sesuatu yang drastik dan tidak celik mata, selagi itulah JDT akan terus mendominasi Liga Super terutamanya.
Perlawanan seterusnya perlawanan ke 20, JDT akan menunggu kehadiran PJ City di Stadium Larkin Rabu ini pukul 9.00 malam.
Penulis mempunyai sarananbagar kita beramai-ramai memenuhi kubu kuat JDT, Stdium Larkin pada Rabu, 10 Julai dan Ahad, 21 Julai ini.
21 Julai adalah perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Larkin sebagi penutup Liga Super musim ini.
Manakala Rabu ini akan menjanjikan satu suasana yang menarik. Para penyokong juga diharapkan dapat memenuhi stadium tanpa memikirkan kita sudah juara lantaran tidak perlu bagi sokongan lagi.
Berikut disenarai beberapa sebab mengapa kita tetap perlu sokong dan hadir sehingga berakhir musim ini.
🔸Guard of Honour
Memandangkan JDT telah berjaya menjuarai Liga Super 2019 seawal perlawanan ke 18, pasukan kesebelasan JDT akan diberi penghormatan ketika pasukan JDT keluar dari bilik persalinan menuju ke padang. Giliran pasukan PJ City pula kali ini memberi penghormatan ‘guard of honour’ kepada JDT di Stadium Larkin.
Pada musim lepas, JDT diberi penghormatan tersebut dari pasukan Kelantan di Stadium Larkin setelah JDT dinobatkan juara pada perlawanan ke-18 juga ketika menentang Perak di Stadium Perak.
Ketika itu JDT berjaya nenumpaskan Perak 2-1 hasil jaringan Hariss Harun (76’) dan Safawi Rasid (84’).
🔸Saksikan Team JDT Yang Menjuarai Liga Super
Hadir ke stadium menyaksikan pemain-pemain pasukan JDT yang telah berjempas pulas lalui pelbagai ujian getir sepanjang musim ini sehinggakan berjaya merangkul kejuaraan 6 musim berturut-turut.
Kita sama-sama hadir memberi penghargaan kepada pemain dan pasukan. Kerana pemain kita juara dan kerana kita juga pasukan juara. Kita saling membantu dan memerlukan satu sama lain.
Apalah pasukan juara tanpa penyokong. So, kita raikan sama-sama kejuaraan tersebut tanpa mengira apa alasan lain.
Sanggupkah kita menonton live di tv atau iflix pasukan juara (JDT) beraksi di hadapan 1,000 lebih penonton seperti dalam perlawanan Pahang semalam yang hanya disaksikan okeh 1,341 orang sahaja ?
🔸Melihat Jaringan Pemain Terhebat JDT
Anda mahu sama-sama lihat jaringan Akhyar Rashid lagi ? Safawi ? Gonzalo Cabrera ? Diogo ?
Hebat Akhyar ni. Tidak sia-sia JDT mengikat kontrak beliau bersama JDT. Dimasukkan sebagi pemain gantian, beraksi 3 minit dan seterusnya mampu menjaringkan gol.
🔸Menyaksikan JDT Melebarkan Rekod Bersih
19 perlawanan tanpa tewas sama ada di laman sendiri mahu pun di padang lawan. JDT berpeluang cerah mengakhiri musim ini dengan rekod ‘invincible’.
Hanya berbaki 3 perlawanan sahaja lagi di mana 2 perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Larkin. JDT mampu setelah berjaya menghadapi rintangan getir menewaskan Perak malam tadi.
Perlawanan berikutnya bagi JDT adalah melawan PJ City (10/07-Home), Kuala Lumpur (14/07) dan TFC (21/07-Home).
🔸Mengejar Dan Mengatasi Jumlah Kehadiran Pahang
Sehingga 9 perlawanan di tempat sendiri, Stadium Larkin berjaya mencatat purata kehadiran seramai 12,517 orang. Penyokong perlu beramai-ramai hadir bagi mengatasi rekod catatan Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Stadium Darul Makmur mencatat purata 12,520 orang sehingga 8 perlawanan di tempat sendiri. Namun mengikut rekod di stadium tersebut perlawanan terakhir mereka hanya mencatat kehadiran seramai 1,341 sahaja dan kemungkinan akan berterusan pada 3 perlawanan berikutnya di Stadium Darul Makmur.
Kekurangan purata 3 orang itu, kami yakin Stadium Larkin mampu mengejar dan mengatasi Stadium Darul Makmur musim ini. Dua perlawanan terakhir JDT di Larkin akan menjanjikan kemeriahan kerana penyokong mahu meraikan kejuaraan di laman sendiri dan perlawanan menentang TFC di Larkin akan dihiasi dengan sambutan besar-besaran sebelum berarak ke Datatan Bandaraya Johor Bahru.
Jika Stadium Larkin berjaya atasi rekod Pahang, maka sekali lagi musim ini Stadium Larkin akan mencatat purata kehadiran tertinggi dalam Liga Super 2019.
Sama-samalah kita penuhi Stadium Larkin Rabu ini dalam mencapai satu rekod lagi.
Foto : The Photoshooterz